USTAZ MAHFUZ SEDANG KE UDARA DI RADIO IKIM PADA 21/03/2013 DALAM USAHA
MEMOHON BANTUAN DANA UNTUK MENYELAMATKAN BANGUNAN ASRAMA TAHFIZ
USTAZ MAHFUZ SEDANG KE UDARA DI RADIO IKIM BUAT KALI KEDUA PADA 28/03/2013 DALAM USAHA
MEMOHON BANTUAN DANA UNTUK MENYELAMATKAN BANGUNAN ASRAMA TAHFIZ
USTAZ MAHFUZ SEDANG KE UDARA DI RADIO IKIM BUAT KALI KETIGA PADA 4/04/2013 DALAM USAHA
MEMOHON BANTUAN DANA UNTUK MENYELAMATKAN BANGUNAN ASRAMA TAHFIZ
RAYUAN BANTUAN KILAT SEGERA BAGI MENYELAMATKAN BANGUNAN
ASRAMA PENUNTUT TAHFIZ DARUL HUFFAZ
SURAT RAYUAN SUMBANGAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAQ UNTUK PENDIDIKAN DAN
PEMBANGUNAN DARUL QUR'AN DARUL HUFFAZ
Tuan Sri/Puan Sri, Dato’ Sri/Datin Sri, Dato’/Datin, Tuan/Puan,
Muslimin/Muslimat, Saudara/Saudari
Kepada Sesiapa Yang Berkenaan
Tuan/Puan,
MEMOHON SUMBANGAN DANA (WAKAF/ZAKAT/INFAQ)
Merujuk kepada perkara di atas, saya Ustaz Hj Ahmad Mahfuz Bin Hj Amin selaku Mudir di Akademi Darul Huffaz Darul Quran, Pusat Bimbingan Ummah (PBU) dengan rendah hati ingin memohon jasa baik pihak puan untuk membantu memberikan sumbangan dana. Sumbangan ini adalah untuk membantu meringankan beban dan tanggungan kami untuk membiayai pembelian asrama di PBU.
2. Untuk makluman, PBU telah berjaya mendapatkan hak milik dua buah bangunan asrama yang diberi nama Asrama Khadijah dan Asrama Maimunah. Bangunan asrama tersebut telah digunakan semenjak 10 tahun lalu sebagai kediaman penuntut Kem Warga Emas, asrama pelajar perempuan Kem Tahfiz Bulanan & Tahunan & penempatan anak-anak yatim. Pemilikan bangunan asrama tersebut adalah melalui sumbangan wakaf dan pinjaman dari orang awam dan pihak-pihak tertentu yang berjumlah RM 285,000 dimana RM 70,000 adalah dari sumbangan wakaf dan bakinya RM 215,000 adalah pinjaman.
3. Mengikut perancangan awal, pihak PBU ingin menjelaskan pinjaman yang diberikan tersebut dengan secepat mungkin. Walaubagaimanapun, terdapat kekangan dan halangan yang menyebabkan kami tidak mampu untuk berbuat demikian. Oleh yang demikian, saya merayu kepada mana-mana individu untuk menghulurkan sumbangan atau wakaf bagi menyelesaikan masalah tersebut.
4. Selain daripada itu, kami juga ingin memohon jasa baik dari pihak puan untuk memberikan bagi menyiapkan dewan serbaguna untuk aktiviti pelajar yang masih terbengkalai. Kosnya adalah dianggarkan sebanyak RM 25,000. Untuk makluman, pihak kami baru sahaja membina sebuah dewan belajar bagi menampung bilangan pelajar yang ramai. Dengan terbinanya dewan tersebut diharapkan akan menambahkan lagi keselesaan pelajar yang menyertai kem ini.
5. Dengan ihsan, saya sekali lagi merayu dan berharap agar pihak puan dapat memanjangkan hasrat kami ini kepada sanak saudara dan sahabat handai untuk membantu pihak PBU dengan seikhlas hati. Sehubungan dengan itu, kepada setiap individu atau pihak tertentu yang berhasrat memberikan sumbangan wakaf bolehlah berhubung terus dengan Ustaz Hj Ahmad Mahfuz (019-4220428) atau menyalurkan sumbangan/wakaf tersebut terus ke akaun seperti yang tertera di bawah. Perhatian dan jasa baik pihak puan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Nama Akaun : PUSAT BIMBINGAN UMMAH
Akaun : MAYBANK
No Akaun : 558042800170
Sekian, Terima Kasih.
Yang Benar
(Ustaz Hj Ahmad Mahfuz Bin Hj Amin)
Mudir,
Akademi Darul Quran Darul Huffaz,
Pusat Bimbingan Ummah.

lampiran.pdf | |
File Size: | 1175 kb |
File Type: |
Anggaran sewa bulana setiap lot pada ketika ini adalah RM700.00 dan anggaran jumlah sewa bulanan keseluruhan blok bangunan adalah RM7,000. Kadar sewa tahunan untuk lot-lot bangunan bagi kegunaan pejabat, kelas pembelajaran, asrama lelaki dan dewan adalah RM84,000.00
RAYUAN SUMBANGAN ATAU PINJAMAN QARDHUL HASAN
Tuan/Puan
PER : Rayuan Pinjaman Qardhul Hasan atau Sumbangan (Wakaf/Zakat/Infaq)
Adalah merujuk pekara seperti di atas, saya Ustaz Ahmad Mahfuz Amin selaku mudir Akademi Darul Huffaz Pusat Bimbingan Ummah dengan menyatakan rasa kerendahan hati ingin memohon jasa baik kepada ibu/bapa, saudara/saudari, dermawan/dermawati dan peserta warga emas untuk membantu meringankan beban dan tanggungan kami dalam membiayai pembelian sebuah bangunan asrama (Asrama Khadijah). Rumah tersebut telah digunakan semenjak 5 tahun hingga kini sebagai asrama perempuan untuk kediaman penuntut warga emas dan penempatan pelajar anak-anak yatim semasa kem tahfiz bulanan dan tahunan dijalankan.
2. Atas sebab-sebab tertentu pemilik rumah tersebut bertindak untuk menjualkan rumah itu dengan kos RM130,000 dalam tempoh terdekat sehingga pertengahan bulan Januari 2011, Oleh itu pihak pentadbiran Darul Huffaz yang selama ini menyewa bangunan tersebut terpaksa membelinya sekiranya tidak mahu bangunan tersebut di jual kepada pihak lain. Dalam situasi semasa pihak kami sebenarnya tidak berkemampuan untuk membiayainya dan berhasrat untuk merayu kepada mana-mana individu untuk menhulurkan sumbangan atau pinjaman bagi menyelamatkan bangunan asrama tersebut.
3. Dengan ihsan, saya sekali lagi merayu dan berharap agar tuan/puan dapat membantu seikhlas hati dan semoga program kem tahfiz perdana untuk warga emas, anak-anak yatim dan anak-anak tuan/puan dapat diteruskan seperti biasa pada masa akan datang, insyallah. Sekiranya tuan/puan berhasrat untuk membantu bolehlah disalurkan melalui akaun MAYBANK atas nama Pusat Bimbingan Ummah (A/C: 558042800170) Atas segala partisipasi dan perhatiannya kami dahulukan dengan ucapan terima kasih, semoga amal baik tuan/puan mendapat imbalan dari ALLAH SWT.
Amin……
Yang benar,
Ustaz Hj. Ahmad Mahfuz Bin Hj. Amin Al-Hafiz
Pengarah Urusan / Mudir Darul Huffaz